Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk melayu moden. Terdapat menara yang tinggi dan satu kubah besar di ditengah-tengah bangunannya. Bentuk bangunan adalah empat segi.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting dan dicat dengan warna putih pada keseluruhan bangunan. Dibahagian atas dinding terdapat sisir angin.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas dan ruangan solat yang luas.,