Masjid ini dibina pada tahun 60an dan dirasmikan oleh DYTM Tengku Muda Selangor, Tengku Idris Shah pada 27/10/1971.
BINAAN
Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk klasik melayu dimana ruang solatnya dibuat diatas lantai yang tingginya 3 kaki dan bertiang. Terdapat satu kubah besar ditengah-tengah bangunan dan 5 kubah kecil disetiap penjuru bangunan ini.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan kayu dan beratapkan genting dan dicat dengan warna putih pada keseluruhan bangunan.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, dewan dan ruangan solat.