Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 04/07/2008.
BINAAN
Masjid ini mempunyai kubah dan menara yang besar dan tersergam indah , mihrab dan dewan solat utama .Rekaan bangunannya berbentuk segiempat dan struktur masjid ini keseluruhanya adalah simen.
Masjid ini mempunyai dua aras ruang solat ( dua tingkat).Di dinding masjid ini terdapat seni khat yang bercorak islamik yang menyerlahkan lagi rekaannya. Ruang solat utama yang bertiang yang mana di bahagian bawah tiang tersebut terdapat ukiran kayu yang dijadikan almari untuk menyimpan Al-quran dan juga buku keagamaan.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya .
Selain itu , terdapat juga bilik imam/bilal , bilik stor , pejabat , bilik mesyuarat , dapur ,van jenazah bilik jenazah,wakaf untuk berehat dan tempat wudhuk lelaki dan wanita. Terdapat satu bilik yang digunakan untuk mengajar mengaji.
Di bahagian luar masjid terdapat beberapa ruang letak kereta khas pegawai masjid berbumbung serta garaj untuk motosikal dan basikal . Ruang letak kereta terbuka pula mampu meletakkan lebih 20 kereta dalam satu-satu masa dalam kawasan masjid sahaja.