MASJID UKM

43600 BANDAR BARU BANGI, HULU LANGAT
SELANGOR
1008048
03-89215404
16/03/1979

SEJARAH

Masjid UKM telah dibina di atas tapak seluas dua hektar yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembinaannya dimulakan pada 16 Mac 1979 dengan kos berjumlah RM 5.1 juta. Ia telah diserahkan secara rasmi kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari Rabu 14 April 1982. Usaha pengimarahan masjid ini bermula pada hari Jumaat 16 April 1982. Reka bentuk Masjid UKM adalah hasil ilham Encik Abdullah Bakri, bekas Pengarah Unit Pembangunan, UKM. Bangunan Masjid ini dikelilingi oleh enam menara dan sebuah menara besar setinggi 6,666 sentimeter yang diilhamkan oleh Tun Syed Nasir, bekas Pro Canselor UKM.

BINAAN

Masjid ini mempunyai beberapa menara dengan kubahnya bewarna kuning. Secara keseluruhan, binaannya adalah sederhana terutama di bahagian dalamnya mempunyai ukiran kayu tradisional dengan tulisan khat mengelilingi bahagian atas masjid ini. Manakala ruang solat yang disediakan mempunyai tiga aras.

KEMUDAHAN

Bangunan Masjid mempunyai tiga paras, dengan keluasan 25,713.41 meter persegi. Paras Satu Masjid mempunyai sebuah dewan sembahyang, dua tempat wuduk (lelaki dan perempuan), dua tandas (lelaki dan perempuan), pejabat pentadbiran Pusat Islam, tiga buah bilik seminar, sebuah bilik mesyuarat dan sebuah bilik mandian jenazah. Paras Dua Masjid mempunyai sebuah dewan sembahyang, sebuah kutub khanah, sebuah bilik rehat Imam dan Bilal dan sebuah bilik tetamu (VIP). Paras Tiga mempunyai dewan sembahyang Muslimat, bilik studio dan dua tempat wudu'. Persekitaran masjid mempunyai enam buah pondok wakaf, sebuah dapur (termasuk bilik mandi dan tandas) serta terdapat lebih kurang 300 lot tempat letak kereta.

PETA