Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk klasik ala Timor Tengah dimana terdapat menara yang dibina diluar bangunan dan dua kubah besar ditengah-tengah bangunannya.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting dan dicat dengan warna kuning muda pada keseluruhan bangunan.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, landskap yang cantik dan ruangan solat yang luas.,