Pada tahun 1985, Masjid taman cheras Jaya, telah dinaiktaraf sebagai masjid sementara dan mendapat kebenaran mendirikan solat Jumaat. Nazir pertama Masjid Sementara Manbaeil Uloom ialah En Anuar bin Hj Mokhtar, seorang pendidik. Seterusnya Nazir Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah ketika itu telah berusaha pula untuk membina masjid baharu. Tidak berapa lama kemudian sebidang tanah lapang di Lot 27910 seluas 2.62 ekar telah diwartakan sebagai tapak masjid di Cheras Jaya.
sebelum ini masjid di kenali dengan nama Manbael Ulom
Projek pembinaan masjid baharu telah diluluskan pada tahun 2004 dan kerja pembinaan bermula pada 13 Disember 2004 dan siap sepenuhnya pada 24 Ogos 2006 dengan kos RM5,331,684.28 (5.3 Juta). Masjid baharu ini boleh memuatkan seramai 2,500 orang jemaah dan lengkap dengan pejabat Nazir, bilik mesyuarat, bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah, bilik Imam, bilik Bilal , dapur dan berbagai keperluan asas yang lain.
BINAAN
Ciri senibina masjid ini berasaskan pelan pembinaan masjid di Country Home, Rawang dan masjid di Teras Jenang, Bangi.
Seni khat empat surah iaitu surah al kaafirun, al ikhlas, al falaq dan an naas diukir pada jubin di bahagian hadapan dewan solat utama.
Jeriji di ruang solat utama berbentuk geometri Islam.
KEMUDAHAN
1. Tempat wuduk lelaki
2. Tempat wuduk wanita
3. Tandas dan bilik mandi lelaki
4. Tandas dan bilik mandi wanita
5. Tandas OKU lelaki
6. Tandas OKU wanita
7. Bilik pengurusan jenazah
8. Dapur
9. Bilik kuliah
10. Pejabat masjid
11. Bilik mesyuarat
12. Perpustakaan
13. Bilik Imam
14. Bilik Bilal
15. Ruang solat utama
16. Ruang solat di tingkat 1
17. Ruang solat di luar dewan solat utama
18. Ruang solat wanita
19. Bilik Utiliti / stor
20. Menara
21. Sistem siaraya
22. CCTV dengan 8 kamera
23. LCD projektor & layar
24. LCD TV disambung terus ke komputer pejabat masjid
25. Ruang pakir kenderaan