MASJID QARIAH BATU 10

43200 CHERAS, HULU LANGAT
SELANGOR
1008039
019-2290156
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid yang ada sekarang dibina semula pada tahun 1996 selepas masjid asal yang telah dirobohkan disebabkan pembinaan lebuh raya Grand Saga. Masjid asal kayu mempunyai keluasan yang lebih dari masjid sekarang yang dibina hasil sumbangan peribadi Hj. Sharibun Ab. Wahab sebanyak RM 1.5 juta.

BINAAN

Mempunyai kubah keemasan dan menara yang berdekatan kubah merupakan mercu tanda masjid ini.Seni khat menghiasi dinding masjid bertatahkan ayat Qursi dan empat Qul menyerikan lagi bahagian hadapan masjid ini. Mihrab kayu tradisional serta perkataan ALLAH dan MUHAMMAD menyerikan lagi binaan masjid ini.

KEMUDAHAN

Masjid ini mempunyai kemudahan seperti bilik mesyuarat, dua tingkat ruang solat,ruang makan dan minum untuk keselesaan Jemaah. Tempat memandikan jenazah serta skim khairat kematiaan juga antara kemudahan yang disediakan di masjid ini.

PETA