MASJID NURUSSA'ADAH

KG. CHERAS BARU AMPANG,56100 KUALA LUMPUR
SELANGOR
1008038
01/01/1970

SEJARAH

Masjid ini adalah masjid moden yang dibina untuk masyarakat Taman Cheras Baru dan penduduk disekitarnya pada tahun 80an seawal penempatan penduduk disini . Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sallehuddin Abd Azizi Ahah Alhaj pada tanggal 30 Oktober 1987.

BINAAN

Masjid ini dibina berasaskan senibina moden yang mana terdiri dari batu bata konkrit dan sisipan angin dibahagian atas bagi memudahkan pengudaaran masuk kedalam masjid. Terdapat juga satu kubah besar yang berwarna kuning dan menara yang melambangkan sebuah masjid. Bahagian dalamnya dipenuhi dengan permaidani hijau kuning untuk aras solat dibahagian bawah dan aras solat wanita dibahagian atas .

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parking yang luas, van jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, rumah pegawai , perpustakaan desa dan gelanggang badminton.

PETA





54850


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan