Rekabentuk masjid ini adalah bercorakkan Indonesia /Bali klasik. Terdapat menara tinggi dibina diluar bangunan dan atap dibuat bertingkat-tingkat bagi menggantikan kubah sebagai mercu tanda masjid. .
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink dan dicat dengan warna putih pada keseluruhan bangunan.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang sederhana luas dan ruangan solat yang selesa.