MASJID KARIAH RINCHING HILIR

KG. RINCHING HILIR, POS BANGI, 43000 KAJANG
SELANGOR
1008031
019-3412503
30/11/-0001

SEJARAH

Sejarah masjid ini bermula pada tahun 1920 apabila ia mula-mula dibina dengan kayu dan dikenali dengan ‘Masjid Kayu’ . Kemudian , ia dibina dengan batu pada tahun 1963 oleh kerajaan dan orang kampong menggantikan binaan masjid yang dibina daripada kayu asalnya. Dan terbaru , pada tahun 1996 , masjid ini telah diubah suai serta dibesarkan sekali ganda daripada saiz asal masjid mula-mula dibina

BINAAN

Masjid ini mempunyai kubah yang berbentuk dome pada menara , mihrab dan dewan solat utama . Bumbung masjid pula berkonsepkan jenis limas belanda . Dan setelah diubah suai , masjid ini terdiri daripada batu sebagai struktur utama binaannya.

KEMUDAHAN

Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya . Dewan solat utama masjid dilengkapkan dengan 8 buah penghawa dingin . Selain itu , terdapat juga bilik imam/bilal , bilik stor , pejabat , bilik mesyuarat , dapur , tempat wudhuk lelaki dan wanita . Di bahagian luar masjid terdapat beberapa ruang letak kereta khas pegawai masjid berbumbung serta garaj untuk motosikal dan basikal . Ruang letak kereta terbuka pula mampu meletakkan lebih 20 kereta dalam satu-satu masa dalam kawasan masjid sahaja.

PETA