MASJID KARIAH KUALA PAJAM

KG. KUALA PAJAM, 43700 BERANANG, HULU LANGAT
SELANGOR
1008026
012-3031169
19/10/1969

SEJARAH

Asal tapak masjid kampong Kuala Pajam terletak dibangunan SRA Kampong Kuala Pajam. Masjid Kampong Kuala Pajam asalnya dibina pada tahun 1930. Masjid ini diperbuat daripada kayu. Akibat banjir yang sering melanda, masjid baru dibina diatas bukit. Siap dibina pada tahun 1972. Tapak masjid ini diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Hj Salim.

BINAAN

Ciri-ciri binaan masjid Kampong Kuala Pajam dipengaruhi oleh seni bina Arab, Turki dan India. Binaan masjid terdiri daripada batu bata dan beratapkan asbestos. Terdapat dua kubah ditengah-tengah bumbung dan tiada menara.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir dan ruangan solat yang selesa.

PETA