Masjid ini adalah dibina pada tahun 90an apabila ujudnya bandar baru Bangi bagi kegunaan penduduk disekitarnya. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Tengku Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Sallehuddin Abd Aziz Shah Alhaj pada tanggal 10 Mac 2000.
BINAAN
Masjid ini dibina berasaskan senibina moden yang mana terdiri dari batu bata konkrit dan beratapkan genting. Terdapat dua aras solat dimana aras bawah dipenuhi dengan permaidani hijau kuning dan merah yang luas dan bahagian atas untuk kaum wanita pada musim perayaan. . Sisipan angin dibuat dibahagian atas dinding bagi mempastikan pengudaraan yang baik masuk kedalam masjid.
Terdapat juga satu kubah besar yang berwarna hijau dan menara tinggi yang dibina diluar bangunan bagi melambangkan sebuah masjid.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parking yang luas, van jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, rumah pegawai , deretan kedai pakaian dan khidmat insuran.