Pada tahun 1958,asalnya merupakan sebuah surau yang digunakan berkongsi dengan penduduk Sg. Ramal Luar. Lokasi surau itu adalah bersebelahan dengan tapak masjid sekarang. Pada 1962, seorang penduduk mewakafkan tanah dan sebuah surau dibina khas untuk penduduk di sini.
Pada tahun 1969, ianya dinaiktaraf kepada masjid. Namun peristiwa 13Mei1969 merencatkan sedikit pembinaan masjid ini kerana buruh cina pada masa itu takut untuk meneruskan aktiviti pembinaan masjid ini. Selepas diberi jaminan kaum Melayu tidak akan mengacau buruh cina tersebut, barulah masjid ini di bina sepenuhnya.
Pada 1992, masjid ini dibesarkan seperti yang terdapat sekarang.
BINAAN
Binaan masjid ini adalah ringkas dan berbentuk tradisional melayu lama. Mempunyai satu tingkat ruang solat,kubah dan menara yamg tersergam indah.
Masjid ini dibina dengan batu bata dan beratapkan asbestos.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang disediakan seperti tandas,bilik mesyuarat dan sebiji van jenazah. Masjid ini juga mempunyai ruang meletak motosikal berbumbung untuk para Jemaah.