Hasrat untuk membina sebuah masjid di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) sebenarnya telah dirancang sejak bermulanya perpindahan Markas Briged Tengah dari Jalan Pekeliling (Jalan Tun Razak ) ke tempat penempatan tetap Markas Briged di Batu 7, Cheras iaitu pada 1981. Keinginan bagi memiliki sebuah masjid di markas ini telah timbul sekian lama oleh warga kem PGA, setelah Batalion dari ibu pejabat selesai berpindah ke kem baru ini pada tahun 1983.
Ketika itu, untuk menunaikan solat dan mengerjakan ibadat dan melaksanakan aktiviti keagamaan briged terpaksa menggunakan ruang tingkat bawah blok kuarters anggota yang dijadikan surau sementara Briged Tengah. Kapasiti ruang di blok sementara itu agak terhad untuk menampung bilangan Jemaah yang ramai.
Hasil usaha semua pihak, akhirnya pada penghujung 1995 barulah projek pembinaannya mula dapat dilaksanaknan. Pembinaan masjid ini yang menelan belanja RM2.4 juta siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Briged ini pada 28Mei1997 dan telah digunakan bermula pada 26 Jun 1997. Masjid ini telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor pada 28 Jun 1997.
BINAAN
Seni bina yang direka bentuk oleh Kejuruteraan Jabatan Kerja Raya dengan bentuk kubah keemasan dan dihiasi tulisan khat di kiri dan kanan bahagian depan masjid ini.
KEMUDAHAN
Bilik Pengurusan Jenazah berhawa dingin, dewan serbaguna, lot tempat letak kenderaan.