MASJID AL ILMI

KG. DATO' AHMAD RAZALI, 43800 DENGKIL
SELANGOR
1007044
0193621355
04/08/1999

SEJARAH

SEJARAH MASJID AS-SHARIFF Pada asalnya ia adalah sebuah surau yang dibina pada tahun 1976 di Kampung Dato' Ahmad Razali. Memandangkan kepesatan pembangunan dan pertumbuhan penduduk sekitar kampung serta pembinaan Putrajaya dan Cyberjaya, maka satu jawatankuasa pembinaan masjid telah dibentuk pada 11 Mac 1997 bersamaan 2 Zulkaedah 1417H khas untuk pembinaan masjid ini.

BINAAN

Masjid ini dibina berasaskan senibina melayu di mana terdapat dua kubah besar berwarna kuning dan menara yang tinggi diluar bangunan. Binaannya terdiri dari batu bata konkrit dan beratapkan genting. Terdapat satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani hijau kuning didalamnya dan lantai jubin yang nyaman dan selesa untuk para jemaah mengerjakan ibadah.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, van jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, alat penghawa dingin , rumah pegawai ,sekolah agama dan ruang untuk kuliah.

PETA