Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk moden dimana menaranya agak unik mengecil keatas dan mempunyai kubah kuning yang besar ditengahnya. Bentuk masjid seolah-olah kapal.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, van jenazah dan urusan jenazah dan ruangan solat yang dilengkapi alat penghawa dingin untuk keselesaan mengerjakan ibadah.