Sejajar dengan pembangunan infrastruktur IKATAN yang kemudian dinaik taraf kepada sebuah universiti dalam tahun 1997.Tenaga Nasional Berhad telah memasukkan pembinaan sebuah masjid bersam -sama dengan pembinaan bangunan-bangunan lain projek pembangunan infrastruktur fasa du Universiti Tenaga Nasional. Kos pembinaan sebanyak RM13.5 juta ringgit
BINAAN
Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk moden ala Timor Tengah dimana terdapat menara yang tersergam indah dibina diluar bangunan dan kubah besar berwarna biru dibina ditengah-tengah bangunannya.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting dan dicat dengan warna putih pada keseluruhan bangunan.
Masjid ini mempunyai dua aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, alat penghawa dingin, kolam ikan dalam bangunan masjid, dewan besar yang boleh digunakan untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis lain dan ruangan solat yang luas.,