MASJID SULTAN ABDUL SAMAD KLIA (INSTITUSI)

JALAN MASJID SEPANG
SELANGOR
1007015
03-87769160
03-87769190
01/01/1999

SEJARAH

Masjid Sultan Abdul Samad didirikan sempena pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia menjadi salah satu mercu tanda negara ini dari pintu masuk laluan udara yang dapat dilihat oleh pelancong-pelancong yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

BINAAN

Reka bentuk masjid ini berkonsepkan seni bina Arab klasik dengan kubah-kubah menjadi tarikan utama dan bumbung berbentuk rata. Kubah utama masjid ini mempunyai teknik pengulangan yang menggunakan gerbang yang dilapis dengan cermin telus menampakkan struktur tetulang bahagian dalam dan memberi impak bermotifkan daun. Pada kaki kubah terdapat motif flora dihasilkan daripada penyusunan jubin-jubin seramik yang berwarna. Lambang kosmos, iaitu bulan dan bintang diletakkan di puncak kubah yang melambangkan kedaulatan Islam. Walaupun reka bentuk bangunan masjid ini mengambil seni bina Moghul, namun pelan lantai masjid ini menyerupai gaya tradisi Melayu seperti pada ruang anjung di sekeliling masjid. Anjung-anjung dibina berbentuk segi empat sama yang mempunyai gerbang-gerbang berbentuk gothic. Tata-rias daripada jubin berwarna membentuk corak geometri menyerlahkan keindahan masjid ini.

KEMUDAHAN

Mempunyai pejabat, bilik mesyuarat, stor dan lain- lain.

PETA