Mengikut catatan dari kajian ole Mohd Nor bin Mohd Amin (kajian ilmiah Sarjana Muda Sastera Jabatan Sejarah Universiti Malaya 1977/78) Hj.Abdullah bin Husin. lahir di bandar Sumatera 1883 pernah ditauliahkan oleh Sultan Selangor sebagai ketua masjid kariah Jenderam pada tahun 1936. Namun dipercayai pembesaran masjid dikampung ini telah bermula lebih awal tahun lagi memandangkan pembukaan kampung ini telah dilakukan oleh Penghulu Naim bin Nak Oada tahun 1909/1910 yang datang dari Kuala Langat bersama - sama Kenton,Orang Tua Sayat dan 16 orang lagi dari Beranang.
BINAAN
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan menpunyai kubah dan menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat.
KEMUDAHAN
Mempunyai 30 bilangan lot letak kenderaan, 6 bilangan tandas lelaki dan 2 bilangan bilik mandi lelaki.