Masjid ini telah dibina secara gotong royong dan siap dibina pada tahun 1952. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 1963.
BINAAN
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai kubah dan menpunyai menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat. Binaan utama masjid ialah kayu.
.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor,wakaf, van jenazah dan penghawa dingin.