MASJID AL - FITRAH

KAMPUNG BANTING, 45200 SABAK BERNAM
SELANGOR
1006043
017-3523558
30/11/-0001

SEJARAH

Pengasas masjid ini ialah Hj.Sulaiman, Hj Asyari dan Hj Hassan. Masjid asal namanya ialah Masjid Kg. Banting dan mula dibina pada awal tahun 40-an di atas tanah wakaf kerajaan. Ditukar nama kepada Al-Fitrah semasa majlis perasmian oleh DYMM Sultan Selangor sempena Hari Raya Aidilfritri pada 21-02-1997. Pada tahun 1989 dibina masjid baru ditukarkan kepada bahan binaan batu. Dan mempunyai kubah, satu menara dan mempunyai lambang bulan dan bintang.

BINAAN

Binaan masjid ini berbentuk segi empat dan mempunyai kubah dan menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor, van jenazah, mandi jenazah, laluan oku dan juga terdapat sebuah sekolah rendah Agama di dalam kawasan masjid.

PETA