Masjid ini dibina diatas tanah seluas lima ekar yang diwakafkan oleh arwah Tuan Syed Ahmad Marzuki, iaitu pengasas dan pembuka kampong Lubok Pusing Sabak Bernam pada 17 Julai 1914.
BINAAN
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan menpunyai kubah dan menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor,wakaf dan van jenazah.