Masjid Al-Ma’muniah ialah masjid yang terbesar di daerah Sabak Bernam, Selangor. Masjid ini siap dibina pada tahun 2006 Masihi dan mampu memuatkan seramai 1,500 jemaah dalam satu-satu masa. Masjid ini telah dirasmikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.
BINAAN
Masjid ini berkonsepkan gabungan reka bentuk moden berbumbung tradisi iaitu, mengikut identiti tempatan yang sebenar tanpa melupakan arus pemodenan dan kemajuan reka bentuk bangunan masjid zaman kini.
KEMUDAHAN
Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan para jemaah, seperti dewan solat dua tingkat yang berasingan bagi keperluan jemaah lelaki dan wanita, dewan serba guna, perpustakaan dan ruang pejabat.