Masjid sementara telah dibina pada awal tahun 1920 wakaf daripada Hj. Riduan Hj. Musa salah seorang peneroka awal (kemudian menjadi ketua kampung).Tahun 1925, masjid ini telah digantikan dengan masjid yang lebih teguh dan pada tahun 1968, kemudian projek pembinaan semula telah dijalankan dengan kos sebanyak RM 400 ribu dan siap sepenuhnya dan digunakan pada 1974. Tahun 2000, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 700 ribu untuk mengindah dan membesarkan ruang dalaman masjid untuk keselesaan jemaah.
BINAAN
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai kubah dan menara. Dinding masjid ini pula dihiasi dengan seni khat.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor,van jenazah, mandi jenazah.