Pada asalnya,ia hanya adalah sebuah surau yang dibina dari papan.Kemudian ianya berpindah ke tempat baru untuk dibina masjid. Masjid ini telah dibina hasil dari sumbangan kerajaan negeri dan sumbangan orang ramai. Pembinaannya bermula pada 1984 dan telah siap digunakan pada tahun 1986. Bersesuaian dengan keperluan semasa maka ianya telah dinaiktaraf untuk dijadikan masjid untuk solat jumaat pada tahun 2002.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah yang mana tercatat ukiran khat di mihrabnya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik serbaguna,bilik imam,perpustakaan, CCTV,ruang makan dan computer. Ruang solatnya dilengkapi alat penghawa dingin untuk keselesaan pengunjungnya.