Dibina hasil perancangan bersama kerajaan Negeri Selangor dan rakyat setempat, jemaah seksyen 18 barat Shah Alam melalui Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kerja Raya. Pembiaan seawal tahun 2000 menggantukan surau kayu yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk setempat mulai 1986 seaktu kawasan ini mula berkembang pesat. Masjid ini siap sepenuhnya pada April 2001 dan digunakan dengan kebenaran solat Jumaat pada 18Mei 2001. Peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM3.9 juta ini dilengkapi dengan 6 bilik darjah, sekolah tadika Islam di sebelahnya. Bangunan berciri sejarah melayu. Bilik pejabat , dewan kuliah, dewan makan dan bilik jenazah juga dilengkapi.
BINAAN
Binaan masjid ini berbumbung lapis minangkabau dan berkubah kecil, ukiran ala magribi direka kgas oleh pengukir dari timur tengah, ukiran biasa hasil penduduk setempat separuh bulat, tulisan ayat Al-Quran dan nama-nama nabi, ruang solat tidak bertiang dan hiasan gantug mentol lampu dan kipas ditempah khas serta seni bina kelseluruhannya berbentuk nusantara kepulauan melayu Indonesia dan Malaysia.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah kelas mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak dan dewasa, dilengkapi bilik mesyuarat dan pejabat, bilik pengurusan jenazah dan kawasan parkir kereta didepan masjid.