Masjid ini merupakan masjid pertama di kawasan seksyen 27 Shah Alam. Masjid ini dapat menampung jemaah-jemaah surau kecil di sekitarnya. Masjid ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.
BINAAN
Binaan masjid ini adalah bercirikan melayu lama dan sedikit hasil rekaan Indonesia moden. Terdapat bumbung tinggi seakan masjid negara. Terdapat juga ruang kelas di dalam masjid ini untuk kelas bahasa arab bagi penduduk setempat.
KEMUDAHAN
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang parkir yang boleh menampung sebanyak 300 biji kereta dan ruang rumput untuk aktiviti kenduri.