Masjid ini merupakan masjid pertama di Seksyen 16. Ia dibina atas permintaan jemaah yang semakin meningkat oleh sebab pembangunan di Seksyen 16 semakin pesat. Masjid ini direka khas untuk memuatkan jemaah yang ramai.
BINAAN
Masjid ini dibina berkonkrit, mempunyai 2 kubah dimana 1 kubah besar bewarna emas dan 1 lagi kubah kecol di menara bangunan masjid, senibina diruang solat yang ringkas dan bertema klasik serta berukiran ayat Al-Quran menghiasi dinding.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai parkir yang luas, tempat mengambil wuduk paip untuk wanita dan tempat mengambil wuduk kolam untuk lelaki, bilik pengurusan dan ruang lapang untuk aktiviti dalam masjid seperti ceramah atau mesyarat.