Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk melayu klasik dimana binaannya seumpama surau. Terdapat kubah kuning tersergam indah dipuncak bumbungnya dan ianya tidak mempunyai menara.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink dan dicat dengan warna putih. Terdapat sisip angin dibahagian atas dinding bagi mempastikan pengedaran udara yang baik,
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah alat penghawa dingin dan ruangan solat yang selesa.