Masjid ini mempunyai kubah kuning dibahagian tengah bangunannya dan menara yang kecil disisinya. Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan terdapat seni khat di bahagian dindingnya.
Masjid ini terdiri daripada batu bata sebagai struktur utama binaannya.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya .
Selain itu, terdapat juga bilik imam dan bilal , bilik stor , pejabat , bilik mesyuarat , dapur ,van jenazah, tempat mandi jenazah dan tempat wudhuk lelaki dan wanita .
Di bahagian luar masjid terdapat beberapa ruang letak kereta khas pegawai masjid berbumbung serta garaj untuk motosikal dan basikal . Ruang letak kereta terbuka pula mampu meletakkan lebih 20 kereta dalam satu-satu masa dalam kawasan masjid sahaja.