Binaan masjid ini berkonsepkan moden ala timor tengah dimana terdapat menara yang tinggi diluar bangunan dan 1 kubah besar dan 4 kubah kecil dibumbungnya. Struktur binaannya adalah dari batu bata dan beratapkan genting. Binaan masjid berbentuk segi empat dan setinggi 2 tingkat.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang solat atas dan bawah, pejabat, dewan al hidayah, van jenazah, bilik iman dan bilal.