Masjid ini telah dibina oleh penduduk kampung pada tahun 60an dengan menggunakan konsep gotong royong. Ianya telah sempurna dirasmikan pada 1/1/1970.
BINAAN
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan tidak menpunyai kubah dan menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat. Sebahagian besar binaannya adalah dari simen dan batu.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor, van jenazah, bilik mesyuarat dan pejabat.