Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan tidak mempunyai kubah dan menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat. Binaan masjid ini kebanyakannya adalah daripada kayu.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor, wakaf, tandas,beduk dan dapur.