Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 16 Jun 1989.
BINAAN
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai 10 kubah dan 5 menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat. Masjid ini mempunyai 2 aras solat.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor,wakaf,bilik imam dan bilal.,van jenazah, terdapat 5 lot kedai, perpustakaan, taman, rumah imam dan bilal.