MASJID AR RAHMAH, RTB BUKIT GHANGGANG

RANCANGAN TANAH BELIA BUKIT CHANGGANG, BANTING, KUALA LANGAT
SELANGOR
1003034
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina pada tahun 90an bersesuaian dengan keperluan penduduk penempatan baru Rancangan Tanah Belia. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan selangor pada 08/10/1999.

BINAAN

Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk melayu moden dimana terdapat menara tinggi yang dibina diluar bangunan dan kubah besar ditengah-tengah bangunannya. Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink dan dicat dengan warna hijau muda pada keseluruhan bangunan. Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, dewan, parkir berbumbung, van jenazah dan ruangan solat yang luas.,

PETA