Masjid ini telah dibina pada tahun 1965 bagi keperluan masyarakat Kampong Kelanang.
BINAAN
Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk melayu lama yang mana kubahnya berwarna kunjng tersergam indah ditengah-tengah bangunan masjid dan menara tinggi terletak diluar bangunan masjid. Rekabentuk bangunan masjidnya adalah berbentuk segiempat.
Seluruh bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink. Dibahagian atas bumbung dan kubah dilengkapi dengan sisip angin bagi memebolehkan pengudaraan yang baik diruangan solat.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani hijau kuning didalamnya yang nyaman dan selesa untuk para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang s ederhana luas, van jenazah dan urusan jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, tempat wuduk, tempat makan dan pondok tempat berehat yang dihiasi pokok-pokok bunga sebagai landscape yang cantik dan tersusun rapi.