MASJID AL MUTTAQIN, KG PERMATANG PASIR

KG. PERMATANG PASIR, BANTING, KUALA LANGAT
SELANGOR
1003025
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid tertua di negeri selangor.Sebelum ibu negeri selangor berpindah ke klang, masjid ini merupakan tempat bersemayan sultan selangor, selain daripada masjid sultan alaiddin kg bandar.ahli kariah masjid sultan abd samad kg seri jugra merupakan jemaah masjid ini sebelum pembinaannya pada tahun 1986.makam al-marhum sultan abd samad berada berdekatan dengan masjid ini.

BINAAN

Binaan masjid ini agak unik dimana dibahagian atas sisinya dikelilingi ukiran yang cantik. Masjid ini mempunyai kubah kuning dan menara. Seluruh bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink. Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani didalamnya yang nyaman dan selesa untuk para jemaah mengerjakan ibadah.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir , van jenazah dan urusan jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, tempat wuduk dan bilik mesyuarat.

PETA