Masjid ini dibina pada tahun 2000an dan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah AlHaj pada 18/05/2007.
BINAAN
Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk melayu moden dimana terdapat menara tinggi yang dibina diluar bangunan dan kubah besar ditengah-tengah bangunannya.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting. Bentuk binaannya amat menarik dengan ruangan dalamannya yang bersiling tinggi bagi mempastikan pengudaraan yang sesuai.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, parkir berbumbung, van jenazah, bilik kuliah, alat penghawa dingin, kantin, rumah pegawai masjid dan ruangan solat yang luas.,