MASJID AT-TAQWA, PEKAN BANTING

PEKAN BANTING, 42700 BANTING, KUALA LANGAT
SELANGOR
1003018
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina pada tahun 1970an bagi memenuhi keperluan penduduk Pekan Banting mengerjakan ibadah solat jumaat dan solat berjemaah. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sallehuddin Abd Aziz Shah pada tanggal 10/2/1984.

BINAAN

Binaan masjid ini bercorakkan rekabentuk melayu lama yang mana kubahnya berwarna kunjng tersergam indah ditengah-tengah bangunan masjid dan menara tinggi terletak diluar bangunan masjid. Bangunan masjid adalah tinggi dan luas bagi pengudaraan yang baik. Seluruh bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink. Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani merah tua didalamnya yang nyaman dan selesa untuk para jemaah mengerjakan ibadah.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, van jenazah dan urusan jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, tempat wuduk dan pondok tempat berehat

PETA