MASJID AS SYARIF, TELOK DATOK

TAMAN SERI TELOK DATOK, 42700 BANTING, KUALA LANGAT
SELANGOR
1003017
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini pada asalnya adalah sebuah surau yang dibina pada 1979 dan mesyuarat pertama AJK telah diadakan pada 18/12/1979. Pada tahun 1986, Jawatan Kuasa Kampong (JKKK) Taman Seri telah memohon surau tersebut dinaiktarafkan kepada masjid. Pada tahun 1989 permohonan tersebut telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan bangunan masjid ini terus dibina dan siap pada 7 Ogos 1991. Setahun kemudian, masjid ini telah sempurna dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada tanggal 14/8/1992.

BINAAN

Masjid ini dibina becorakkan melayu moden dimana satu menara tinggi dibina diluar bangunan. Walaupun tiada kubah besar dibahagian bumbungnya, namun ianya telah ditinggikan dan dihiasi dengan logo bulan bintang dipuncaknya. Seluruh bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan asbestos. Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani kuning didalamnya yang nyaman dan selesa untuk para jemaah mengerjakan ibadah.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir , van jenazah dan urusan jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, alat penghawa dingin, tempat wuduk dan bilik mesyuarat.

PETA