Masjid ini mempunyai kubah yang besar dipuncak bumbung dan menara besar dan tinggi yang dibina diluar bangunan masjid.
Binaan masjid ini terdiri daripada batu sebagai struktur utama binaannya. Rekaan pada bahagian bumbung masjid ini berlapis menampakkan keunikan rekabentuknya yang tersendiri. Bangunan masjid ini berbentuk segiempat dan terdapat seni khat pada bahagian dinding masjid ini.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya dan tempat wudhuk lelaki dan wanita .
Di bahagian luar masjid terdapat beberapa ruang letak kereta khas pegawai masjid berbumbung serta garaj untuk motosikal dan basikal . Ruang letak kereta terbuka pula mampu meletakkan lebih 20 kereta dalam satu-satu masa dalam kawasan masjid sahaja.