Masjid ini dibina becorakkan melayu moden dimana satu kubah tinggi telah dibina dibahagian depan dan kubah kuning menghiasi bahagian tengah masjid ini. Seluruh bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani hijau didalamnya dan lantai jubin yang nyaman dan selesa diluarnya untuk para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang sederhana luas, van jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, alat penghawa dingin dan kolah untuk wuduk dan bilik mesyuarat.