Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk klasik ala Timor Tengah dimana terdapat menara yang dibina diluar bangunan dan beberapa kubah kecil disetiap penjuru dan kubah besar ditengah-tengah bangunannya.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting dan dicat dengan warna putih pada keseluruhan bangunan.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, dua van jenazah dan urusan jenazah dan ruangan solat yang luas.