Sejarah solat jumaat pertama dikampong ini ialah pada 12/12/1972 disebuah surau. Kemudiannya suaru tersebut telah diubahsuai menjadi maasjid dan siap dibina pada tahun 1982. Masjid ini telah disempurnakan oleh YBhg Ustaz Zainal Hj Ariffin, penyelia Masjid Kuala Langat. .
BINAAN
Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk klasik ala Timor Tengah dimana terdapat menara yang dibina diluar bangunan dan dua kubah besar ditengah-tengah bangunannya.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas,alat penghawa dingin, van jenazah dan urusan jenazah dan ruangan solat yang luas.