MASJID AS SOBIRIN, KG BUKIT CHANGGANG

KG. BUKIT CHANGGANG, 42700 BANTING, KUALA LANGAT
SELANGOR
1003003
03-31491579
30/11/-0001

SEJARAH

MASJID PERTAMA DIBINA DI KG.BUKIT CHANGGANG TERLETAK DI KAWASAN KUBUR (TANAH WAKAF). PADA TAHUN 1950, MASJID BARU DIBINA HASIL USAHA ORANG RAMAI DI TANAH WAKAF HJ. MUSA (1EKAR). TAHUN 1964, KELUASAN MASJID DITAMBAH HASIL SUMBANGAN KERAJAAN.

BINAAN

Masjid ini dibina becorakkan melayu moden dimana dua kubah tinggi telah dibina dibahagian depan dan belakang masjid ini. Seluruh bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan zink. Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani coklat didalamnya dan lantai jubin yang nyaman dan selesa diluarnya untuk para jemaah mengerjakan ibadah.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang sederhana luas, van jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, alat penghawa dingin dan kolah untuk wuduk .

PETA