MASJID JAMIUL REDZUAN

KAMPUNG SUNGAI SERDANG,42200 KAPAR, KLANG
SELANGOR
1002056
012-2794177
01/01/1961

SEJARAH

Pada asalnya kawasan ini adalah hutan belantara. Kemudiannya kerajaan negeri telah memindahkan penduduk daripada Bukit Kemuning yang berumur 22 tahun keatas dan diperuntukkan tanah seluas 5 ekar bagi mengusahakan tanaman kelapa dan mendiami kawasan ini. Diatas keperluan ibadah, maka dibina sebuah masjid yang asalnya diperbuat daripada kayu yang didirikan diatas tanah yang diwakafkan oleh orang kampong. Antara komponen utama dalam binaan masjid lama tersebut ialah penggunaan 4 tiang sepemeluk yang dijadikan sebagai tiang seri utama. Kemudiannya, masjid ini telah diubahsuai untuk menampung keperluan para jemaah yang semakin bertambah dan sesuai dengan keperluan semasa.

BINAAN

Masjid ini dibina berasaskan senibina tradisional melayu lama . Ianya dibina sepenuhnya dengan batu bata konkrit dan beratapkan genting. Ianya dilengkapi dengan kubah yang sederhana besar dan menara yang tinggi diluar bangunan masjid. Bahagian atasnya dilengkapi dengan sisip angin bagi tujuan pengudaraan yang baik. Terdapat dua aras ruangan solat dimana ruangan utamanya dikhususkan untuk lelaki dan wanita adalah diaras atas. Pada hari biasa kaum wanita ditempatkan diruangan solat utama yang dipisahkan oleh tabir dengan para jemaah lelaki. Ruangan solatnya dilengkapi dengan permaidani biru yang yang luas dan dilengkapi dengan permaidani biru dan kipas angin untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadat. .

KEMUDAHAN

["15"]

PETA