Masjid ini telah dibina pada tahun 60 an diatas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Hj Omar , bekas Ketua Kampong. Selepas itu masjid ini telah diubahsuai kepada masjid sapetimana yang ada sekarang yang telah diusahakan oleh Tuan Hj Wahidan, bekas Ketua Kampung.
BINAAN
Masjid ini dibina berasaskan senibina tradisional melayu dimana ianya dilengkapi dengan kubah dan menara. Ianya masih lagi mengekalkan papan sebagai dinding.
Terdapat satu ruangan solat yang dilengkapi dengan permaidani dan kipas angin untuk keselesaan jemaah mengerjakan ibadat. .
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah dewan masjid, van jenazah, khidmat urusan jenazah, program kuliah pengajian dan tazkirah harian.