Masjid ini telah dibina pada tahun 1980an diatas tapak yang sebelumnya adalah sebahagian daripada ladang getah yang mana pada sebelumnya penduduk disini sembahyang jumaat di sekolah Teknik .
Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 14/11/1986. .
BINAAN
Masjid ini dibina berasaskan senibina tradisional melayu dimana ianya dilengkapi dengan kubah dan menara.
Terdapat dua aras untuk ruangan solat yang dilengkapi dengan permaidani biru dan kipas angin dan penghawa dingin untuk keselesaan jemaah mengerjakan ibadat. .
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah dewan serbaguna masjid, runagan masjid yang dilengkapi layar besar (big screen), van jenazah, khidmat urusan jenazah, program kuliah pengajian dan tazkirah harian.