MASJID ASY - SYARIF

PERSIARAN HAMZAH ALANG, 42200 KAPAR, KLANG.
SELANGOR
1002006
014-2640344
01/01/1970

SEJARAH

Masjid asal adalah di Pekan Meru dan sudah tidak digunakan lagi buat masa ini. Kini sebuah masjid baru telah dibina dan tersergam indah ini siap dibina pada tahun 90an atas keperluan penduduk tempatan yang ramai bagi mengerjakan solat jumaat dan ibadah .Ianya dibina pada tahun 90an bagi menggantikan masjid lama. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah pada 14/5/2003. Ianya telah memenangi anugerah bagi kategori masjid terindah di Selangor pada tahun 2005.

BINAAN

Masjid ini dibina berasaskan senibina tradisional melayu dan berkonsepkan masjid dalam taman. Ianya dibina sepenuhnya dengan batu bata konkrit dan dilengkapi dengan kubah yang besar dan menara yang tinggi dibina diluar dari bangunannya. Terdapat hanya satu ruangan solat yang luas dan dilengkapi dengan permaidani dan kipas angin dan alat penghawa dingin untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadat. .

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah pejabat, ruang parking, van jenazah, khidmat urusan jenazah, program kuliah pengajian dan tazkirah harian.

PETA