Masjid ini telah dibina pada tahun 1960an dan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salehuddin Abd Aziz Shah pada 1/1/1970.
BINAAN
Masjid ini dibina berasaskan senibina tradisional melayu dan moden. Ianya dibina sepenuhnya dengan batu bata konkrit dan dilengkapi dengan kubah yang besar. Bahagian atasnya dilengkapi dengan sisip angin bagi tujuan pengudaraan yang baik.
Terdapat hanya satu ruangan solat yang luas dan dilengkapi dengan permaidani dan kipas angin untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadat. .
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah pejabat, ruang parking , van jenazah dan khidmat urusan jenazah.